PROGRAM PENSISWAZAHAN AMBILAN MAC 2011


25 November 110 M - KHAMIS
19 Zulhijjah 1431 H

 
 
Pengguna Berdaftar : 9331
Pemohon PPG : 7977










A. IKLAN PERMOHONAN


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah(PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ).




1. KETERANGAN PROGRAM


1.1
Nama Program
:
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)


1.2
Tempoh Pengajian
:
Empat Tahun


1.3
Mod Kursus
:
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)








1.4
Program ini dijalankan secara mod Pendidikan Jarak Jauh di Institut Pendidikan Guru(IPG)/Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)/Institusi Pengajian Tinggi Swasta(IPTS). Peserta yang lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda.
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS


2.1
Warganegara Malaysia.

2.2
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.3
Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.

2.4
Telah disahkan jawatan.

2.5
Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM.

2.6
Memiliki Diploma Pendidikan/Penguruan atau Sijil Penguruan.











3. SYARAT TAMBAHAN

3.1

Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada 3 tahun.

3.2

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.

3.3

Mempunyai kesihatan yang baik.

3.4

Mempunyai purata markah laporan prestasi perkhidmatan yang baik bagi 3 tahun yang terkini .




4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1

Calon yang masih dalam tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib.

4.2

Calon yang tidak menamatkan kursus tanpa alasan yang munasabah (Contoh: PGSR/PJJ KPM/OUM).

4.3

Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.





5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN



A.
Sekolah Rendah.


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1.
Bahasa Melayu
10.
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
2.
Bahasa Inggeris
11.
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
3.
Bahasa Cina
12.
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
4.
Bahasa Tamil
13.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5.
Sains
14.
Pendidikan Seni Visual
6.
Matematik
15.
Pendidikan Muzik
7.
Kemahiran Hidup
16.
Pendidikan Bimbingan
8.
Pendidikan Islam
17.
Pendidikan Pemulihan
9.
Pendidikan Khas
18
Pendidikan Awal Kanak-Kanak



B.
Sekolah Menengah.


Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1.
Bahasa Melayu
11.
Perakaunan
2.
Bahasa Inggeris
12.
MataPelajaran Vokasional/Aliran Vokasional(MPV/MPAV)
3.
Bahasa Cina
13.
Kemahiran Hidup
4.
Bahasa Tamil
14.
Bimbingan dan Kaunseling
5.
Bahasa Arab
15.
Pendidikan Islam
6.
Sains
16.
Pendidikan Khas
7.
Sains Sukan
17.
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
8.
Matematik
18.
Pendidikan Seni Visual
9.
Sejarah
19.
Pendidikan Muzik
10.
Geografi







6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 22 November 2010.



6.2
Calon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut dan meneliti Panduan Permohonan serta memahami tatacara membuat permohonan secara talian.

6.3
Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

6.4
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.





7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Permohonan bagi Ambilan 2011 ditutup pada 22 Disember 2010.

8. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3, Blok E13, Parcel E Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p. : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) No. Telefon : 03-88841234/1245/1260 dan (u.p. : Unit Peningkatan Akademik) No. Telefon : 03-88841323/1223




Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu Sabah No. Telefon : 088-236804
Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sarawak Jalan Kolej 93259 Kuching Sarawak No. Telefon : 082-258045

 
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
Hakcipta Terpelihara ©2008 Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
PENAFIAN
Pengguna aplikasi web bertanggungjawab untuk merahsiakan pengenalan identiti pengguna masing-masing. Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pendidikan Guru tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna

Comments

Popular Posts